Saturday, 7 April 2012

Rasa dan Masa

Meninggalkan si kecil untuk seketika
bukan semudah yang disangka
bukan semudah yang dilihat dengan mata
berbekal semangat dan air mata
kala diri mengejar cita-cita.
Pada suami diluah segala
emosi dan sebak didada
menghurung rasa segala
suami mendakap setia
tanda izinnya dia..
Teknologi penghubung bicara
membuah rasa rindu yang beraja
dan demi anak yang jauh di ruang mata
rasa dekat walau hanya maya.
Hari menghitung rasa dan masa
bersaing sesama bagai mencipta rasa
cinta dan rindu yang menghambat jiwa.
Cita-cita harus diteruskan jua
demi masa depan diri dan keluarga
mohon perjalanan kan seiring bersama
agar tidak terabai di mana mana
agar tidak terguris hati sesiapa
agar Tuhan memberkati semua.
~ Untuk Papa dan Aimy ~
 



No comments:

Post a Comment