Tuesday 17 April 2012

Saturday 7 April 2012

Rasa dan Masa

Meninggalkan si kecil untuk seketika
bukan semudah yang disangka
bukan semudah yang dilihat dengan mata
berbekal semangat dan air mata
kala diri mengejar cita-cita.
Pada suami diluah segala
emosi dan sebak didada
menghurung rasa segala
suami mendakap setia
tanda izinnya dia..
Teknologi penghubung bicara
membuah rasa rindu yang beraja
dan demi anak yang jauh di ruang mata
rasa dekat walau hanya maya.
Hari menghitung rasa dan masa
bersaing sesama bagai mencipta rasa
cinta dan rindu yang menghambat jiwa.
Cita-cita harus diteruskan jua
demi masa depan diri dan keluarga
mohon perjalanan kan seiring bersama
agar tidak terabai di mana mana
agar tidak terguris hati sesiapa
agar Tuhan memberkati semua.
~ Untuk Papa dan Aimy ~
 



Wednesday 4 April 2012

Bunga-Bunga Ibu

Kalau kami berlima kumpul bersama
pasti ada cerita bercerita
suami dibiar sesama mereka
anak seronok bermain gembira.
Kami berlima duduk semeja
entah sampai pukul berapa
bercerita yang entah apa-apa
berkisar tentang keluarga
kenapa dan mengapa
dari kecil sampai dewasa..
kami akrab walau jauh dipisah mata.
Kami berjumpa sekali sekala
masa memisah untuk seketika
pasti ciuman melekat di muka
pelukan, sudah tentu pasti ada.

Tuesday 3 April 2012

Mulan Kuat ~

2 perkataan sebagai rumusan hari ini.
Kuat dan tabah.
Kuat untuk mengharungi cabaran sebagai nikmat yang dikurniakan olehNya.
Tabah untuk terus berjuang demi masa depan sebagai rezeki yang dilimpahkan olehNya.

Terima kasih Allah.
Terima kasih suami.. keluarga.
Anak yang jauh di ruang mata..
Kalian sentiasa ada di hati. 
Sentiasa ada di sisi saat diperlukan.
Sayang semua


Monday 2 April 2012

:)

Bismillah..

 
Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Allah memberi apa yang kita perlu..